AntarabangsaBollywood

Ibu Priyanka Beri Lampu Hijau Anaknya Bercinta Dengan Nick Jonas

Ibu kepada pelakon Bollywood yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat, Priyanka Chopra iaitu Madhu Chopra dikatakan memberi lampu hijau kepada hubungan istimewa anaknya dengan Nick Jonas.

Selepas Nick, 26, membawa kekasih hatinya itu berjumpa dengan seluruh ahli keluarganya bulan lalu, kini tiba giliran Priyanka pula memperkenalkan Nick kepada ahli keluarganya di Mumbai, India.

Ketika diajukan soalan oleh pihak media sama ada adakah benar anaknya akan bertunang dan berkahwin dalam waktu terdekat, Madhu membalas dengan penuh persoalan, “Adakah kalian serius, kalau kalian serius pihak kami lagilah serius dan tidak main-main dengan perkara ini.”

Walaupun tidak memberi jawapan tepat, namun rata-rata pihak media membuat andaian ia seolah bayangan yang diberikan Madhu bahawa dia cukup merestui hubungan Priyanka dengan jejaka berasal dari Amerika Syarikat itu.

Priyanka baru-baru ini menyambut ulang tahun kelahirannya ke-36 bersama Nick dengan menikmati makan malam romantis di sebuah restoran di kota London.

Selepas ini, Priyanka bakal muncul dengan filem Bharat lakonannya dengan Salman Khan selain dua filem Hollywood berjudul Isn’t It Romantic dan A Kid Like Jake yang telah menjalani penggambaran tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button