AntarabangsaHollywood

Ibu Selena Tak Suka, Selena-Justin Terpaksa Kembali Berpisah

Walaupun baharu sahaja kembali menjalinkan semula percintaan mereka, laporan terbaharu mendakwa Selena Gomez dan Justin Bieber terpaksa melupakan satu sama lain selepas ini.

Ini kerana ibu Selena, Mandy Teefey tidak bersetuju dengan keputusan anaknya untuk berbaik semula dengan Justin.

Menurut sumber, ibu Selena memaksa anaknya untuk melupakan Justin kerana dia sudah beberapa kali dikecewakan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Baby itu.

“Selena dan Justin mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubungan disebabkan ibu Selena yang tidak menyukai Justin.

“Keluarga Justin sayangkan Selena tapi keluarga Selena pula sebaliknya. Ini kerana Mandy masih tidak percayakan Justin akan membahagiakan anak perempuanya. Selena sudah cuba memujuk ibunya dengan mengatakan Justin sudah berubah namun tidak berjaya,” kata sumber tersebut memetik US Weekly.

Pasangan yang digelar Jelena itu kembali bercinta pada November lalu selepas Selena putus cinta dengan The Weeknd. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button