Cerita ArtisHiburan

“Idea Cipta Lagu Mencurah Datang Ketika Saya Single” – Aina Abdul

Pernah melalui episod kegagalan bercinta dengan seorang jejaka kacukan Malaysia-Filipina, penyanyi Aina Abdul berkata dia sudah semakin selesa hidup tanpa kehadiran insan istimewa di sisi.

Menurut pemilik nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani, 27, buat masa ini dia tidak terfikir untuk mencari pengganti bekas teman lelaki memandangkan idea untuk mencipta lagu mencurah hadir tatkala dia masih menyendiri.

“Saya tak rasa nak bercinta lagi buat masa ini sebab dah lama solo. Kadang-kadang rasa macam dah selesa pula. Dalam keadaan begini, saya rasa lebih banyak idea datang untuk buat lagu.

“Saya putus cinta dua tahun lalu sebab saya yang melepaskan lelaki itu. Dulu sewaktu saya masih belajar dan pada masa yang sama saya sudah mula berjinak-jinak menceburkan diri dalam bidang seni jadi kadang-kadang masa tak cukup untuk luangkan masa bersama teman lelaki.

“Jadi, ingatkan apabila melepaskan dia, saya akan okey. Kami bercinta empat tahun lalu namun berpisah dua tahun kemudian. Lagu Sumpah itu memang tentang kisah cinta saya sebelum ini,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep di Putrajaya baru-baru ini.

Aina kini semakin giat berlatih sebagai persediaan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34) yang akan berlangsung pada 9 Februari ini di Axiata Arena, Bukit Jalil. Dia mempertaruhkan lagu Sumpah yang merupakan hasil ciptaannya sendiri.

Sementara itu, kempen 12 Bulan 12 Destinasi Nu-Prep yang bertemakan Realisasikan Impian Anda bakal memilih 12 pemenang bertuah untuk ke 12 destinasi pelancongan menarik selama tiga hari, dua malam untuk dua orang di Bali, Hanoi, Jeju, Istanbul, Sydney, Beijing, Tokyo, Perth, Maldives, Jeddah, Almaty dan Boracay.

Pertandingan tersebut akan berlangsung setiap bulan untuk 12 bulan berturut-turut. Untuk maklumat lanjut, layari www.nuprep.com.my. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button