
Inteam Berharap Suhaimi Saad Berfikiran TerbukaTerima Kenyataan
Penyanyi kumpulan nasyid Inteam berharap agar Suhaimi Saad berfikiran terbuka dalam menerima pendapat awam.
Menurut Mohd Syahril Abdul Khalid atau Syah mengatakan Suhaimi tidak perlu mendedahkan isu ini di media sosial.
“Sebenarnya, saya berharap agar Suhaimi berfikiran terbuka dan tidak bersikap berpendirian tentang pendapat umum.
“Malah, Suhaimi tidak seharusnya mewar-warkan di media sosial lebih-lebih lagi melibatkan rumah tangga.
“Jadi, saya sangat mengambil berat tentang anak- anak dia jika dia sudah tiada, saya risau keadaan yang akan terjadi kepada anak-anaknya,” ujar Shah kepada KopiPlanet.com
Inteam ditemui majlis pelancaran dan sidang media penjenamaan semula radio Ikim sempena ulang tahun ke-27 di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam, Selangor.
Di samping itu, Abdul Rahim turut mengatakan bahawa mereka ada mengeluarkan kenyataan rasmi tentang Inteam dan sikap sebenar Suhaimi.
“Saya ingin nyatakan jika ada terbaca kenyataan rasmi Inteam terhadap isu ini, anggota kami tidak setuju dengan pendapat Suhaimi dan berharap agar berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat serta menghormati pandangan awam.
“Suhaimi yang kami kenal, dia mempunyai ketegasan dan prinsip hidup. Jadi kami cuma mampu untuk memberi nasihat dan teguran yang baik,” katanya.
Sebelum ini, Suhaimi ada mengeluarkan kenyatan bahawa dia telah digugurkan daripada Konsert Amal 4Nomena di Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 20 April nanti.
Shah berkata “Sebenarnya, pihak penganjur kami tidak menggugurkan Suhaimi dalam konsert ini sebaliknya merehatkan dia sementara waktu dan kami hormati keputusan mereka.
“Buat masa sekarang kami tidak mahu menjemput dia kerana isu kenyataan yang telah tular di media sosial akan menimbulkan keburukan pada nama Inteam,” ujarnya.
Selain Syah dan Rahim, Inteam turut dianggotai oleh Hisyam yang ditubuhkan pada tahun 1998. Terdahulu, Suhaimi pernah menyertai kumpulan ini dan menamatkan kontrak pada tahun 2015 kerana mengambil keputusan untuk bergerak secara solo. – KopiPlanet.com
Artikel:Syafiqah Othman
Pelajar praktikal : UiTM Puncak Perdana



