Cerita ArtisHiburan

Ismail Izzani Cabar Keluarkan Versi Penuh Video Lucah Didakwa Dirinya

Susulan kontroversi video lucah yang didakwa melibatkan dirinya, penyanyi Ismail Izzani mencabar pihak yang mendakwa mempunyai video lucah miripnya untuk tampil dan berkongsi klip video penuh berkenaan kepadanya.

Ismail berkata, dia sememangnya sangat teruja untuk menonton sendiri video yang dikatakan telah tular sejak sebulan yang lalu.

“Saya secara peribadi telah meminta individu berkenaan berkongsi video penuh tersebut kepada saya. Saya sendiri teruja untuk melihat aksi ‘Ismail Izzani’ dalam video itu kerana selama ini saya cuma tahu yang ditularkan hanyalah paparan skrin video berkenaan.

” Namun sehingga ke hari ini dia tidak membalas permintaan saya. Saya tidak tahu apa niat dia dan merasakan kewujudan video itu sebagai lucu,” katanya.

Ismail berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Kempen Ramadan Rangkaian Media Prima yang berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya hari ini.

Anak kepada penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam ini bagaimanapun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang, sebaliknya Ismail merasakan tindakan individu tersebut sebagai sesuatu yang melucukan.

“Saya tak ambil tindakan berat sebab orang tahu ia tak betul. Bagi saya, peminat dan orang luar boleh beza sendiri dan ia bukan masalah besar buat saya. Zaman sekarang apa saja boleh jadi (fitnah),” katanya lagi.

Pelantun lagu Bidadari itu juga menegaskan dia tidak memiliki jam seperti yang dipakai lelaki mirip dirinya dalam video yang tular itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button