Cerita ArtisHiburan

Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Telah Disahkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Setelah bertarung 45 hari melawan virus Covid-19, akhirnya isteri kepada pelakon kerdil Badrol Shah telah disahkan meninggal dunia.

Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Bad menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya pagi tadi mengenai pemergian isterinya, Farah Shila Mazlan.

“Isteri sy baru menghembuskan nafas terakhir sebentar td pada jam 8.15pg di HKL …setelah 45 hari bertarung dengan covid,” tulisnya yang ketika ini dia masih berada di HKL untuk urasan jenazah.

Sebelum ini, isteri pelakon berkenaan pernah dikatakan sudah meninggal dunia, namun berlaku sedikit salah faham dengan pihak hospital kerana ketika itu isterinya berada dalam keadaan nazak.

Difahamkan, Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat sudah dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Bad sekeluarga termasuk empat anak-anaknya sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button