• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Isu Buka Tudung, Uqasha Tak Layak Nak Nasihat Emma Maembong

Pelakon Uqasha Senrose berkata dia bukanlah individu yang layak untuk memberi nasihat kepada pelakon Emma Maembong yang telah mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung baru-baru ini.

Menurut Uqasha, dia tahu Emma merupakan seorang yang kuat dan berharap aktres itu akan terus tabah menghadapi pelbagai ujian selepas ini.

“Sejujurnya saya bukanlah orang yang layak untuk memberi apa-apa nasihat kepada Emma Maembong. Itu adalah keputusannya dan saya percaya dia berbuat demikian pasti ada sebabnya sendiri.

“Saya tahu Emma seorang yang kuat dan apa yang boleh saya katakan dia kena sentiasa kuat dan tabah untuk menempuh apa sahaj dugaan selepas ini,” katanya kepada KopiPlanet.com

Uqasha ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai duta produk C-Clean Pearl Serum yang berlangsung di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur hari ini.

Uqasha sebelum ini membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab pada Ogos 2016 selepas tiga tahun bertudung.

Sementara itu, Uqasha turut meminta netizen tidak lagi mengaitkan isu Emma Maembong membuka tudung dengan dirinya selain tidak menggelarkannya sebagai ‘trendsetter’ kepada perkara tersebut.

“Saya berharap semua pihak berhenti kaitkan saya dengan isu Emma buka tudung. Ianya mengarut untuk kaitkan benda lalu dengan apa yang berlaku sekarang.

“Kesilapan itu dilakukan sendiri oleh dia dan begitu juga saya. Bukan disebabkan oleh sesiapa pun.

“Masing-masing ada ujian yang berlainan. Saya dah lalui perkara itu dan harap ia tidak lagi dibangkitkan selepas ini,” ujar Uqasha.

Emma mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung selepas gambar mesranya tanpa berhijab bersama abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah tersebar di media sosial. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend