Cerita ArtisHiburan

Isu Hasut Pereka: Che Ta Tak Dendam Dengan Kak Zai

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menjelaskan dia tidak menyimpan dendam susulan status Facebook pengkritik fesyen, Zaihani Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Kak Zai yang dilihat menghasut pereka lain agar tidak meminjamkan baju mereka terhadap pelakon itu.

Menurut Che Ta, dia bukanlah seorang individu yang gemar mencari gaduh dengan orang lain, sebaliknya dia berasa terpanggil untuk menegur sekiranya seseorang itu melakukan suatu perkara yang tidak betul.

“Saya tak suka bergaduh dengan orang, cumanya kalau orang itu tak betul saya kena tegur. Saya tiada masalah pun dengan dia, tetapi apabila dia dah hasut orang lain jangan bagi pinjam baju, memang silap banyak dia kaitkan nama saya. Jadi, saya pun naikkan nama dia balik.

“Dia dah minta maaf, namun dia menghasut pula orang lain jangan bagi pinjam baju pada saya, saya tak kisah pun kalau pereka tak nak bagi pinjam sebab saya pun banyak lagi baju yang belum dipakai,” katanya dengan nada berseloroh kepada KopiPlanet.com.

Che Ta ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Ariani Luminous Lebaran 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Walaupun mengakui dia tidak menyukai sikap judgemental yang dimiliki Kak Zai, namun Che Ta berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya perlu berdepan dengan pengkritik fesyen itu pada masa akan datang.

“Hubungan saya dengan dia okey sahaja. Cumanya, saya tak suka orang judgemental macam itu. Siapa dia nak kata orang tu gemuk atau sebaliknya. Saya harap kisah ini habis di sini sahaja dan tidak lagi diperkatakan orang ramai,” katanya.

Kak Zai sebelum ini teruk dikecam netizen gara-gara statusnya yang menyindir orang gemuk agar tidak menghadiri majlis pertunjukan fesyen.

Selepas kes itu hangat diperdebatkan, Kak Zai kemudian memuat naik pula status mendakwa pengurus Che Ta, Afeeq merupakan dalang yang menyebarkan statusnya kepada umum.

Susulan itu, dia meminta pereka fesyen agar tidak meminjamkan baju kepada artis naungan pengurus berkenaan pada masa akan datang sehingga menyebabkan Che Ta berasa terpanggil untuk membidas kenyataannya itu. – KopiPlanet.com

 

Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button