Cerita ArtisHiburan

Isu Video Lucah: Syafiq Kyle Cari Jalan Penyelesaian Terbaik

Setelah hampir dua hari mendiamkan diri, akhirnya Syafiq Kyle tampil membuka mulut berhubung kontroversi video aksi lucah yang didakwa dirinya yang tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Menerusi satu kenyataan di laman Instagramnya, pelakon drama Nur berkata dia kini sedang mengenal pasti jalan
terbaik untuk menyelesaikan perkara itu.

“Saya sedang mengenal pasti jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

“Disamping itu, kami juga sedang bekerjasama dengan beberapa pihak bagi memastikan kesulitan ini dapat dimuktamadkan dengan segera,” ujarnya.

Selain itu, Syafiq juga menjelaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya isu itu dipanjangkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Susulan penyebaran video lucah itu, semalam turut tular paparan skrin perbualan mesej peribadi antara dia dan seorang lelaki yang dikatakan penyebar kepada video terbabit.

Namun, Syafiq menafikan dia ada menghantar mesej tersebut sebaliknya menyifatkan individu berkenaan hanyalah orang yang mahu mengambil kesempatan di atas kontroversi yang melanda dirinya.

“Ini merupakan sesuatu perkara yang tidak betul dan tidak berasas sama sekali yang hanya bertujuan sekadar mahu menangguk di air yang keruh.

“Screenshoot tersebut disunting oleh individu tidak bertanggungjawab, ingin saya tegaskan perkara itu tidak benar sama sekali,” jelasnya.

Nama Syafiq Kyle mula menjadi bualan apabila sebuah video aksi lucah mirip dirinya mula bertebaran di laman Twitter Ahad lalu. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button