• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Izara Aishah Mengaku Ambil Suntikan Agar Bibir Kelihatan Mungil

Pelakon Izara Aishah secara terbuka mengakui ada mengambil suntikan di bahagian bibir agar ‘asetnya’ itu kelihatan lebih mungil dan menggiurkan.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, walaupun sedar pengakuannya itu bakal mendapat kecaman daripada segelintir pihak, namun dia tetap mahu berterus-terang mengenai perkara tersebut.

Menerusi laman Twitter miliknya, Izara membuat pengakuan itu dengan berkata, “Hi girls, saya ada satu rahsia nak kongsikan… tapi anda pasti akan membenci saya.”

“Saya nak cuba sesuatu yang baharu jadi saya ada buat suntikan di bahagian bibir beberapa bulan lalu. Jangan risau ianya tidak kekal dan hanya bertahan selama enam bulan sahaja.

“Ia okay untuk mencuba tapi saya tidak suka hasilnya, jadi saya hanya akan tunggu kesannya menghilang. Saya lebih suka ‘lip plumper’ lagi. Omg bye!” tulisnya.

Susulan pengakuan itu, terdapat dua pihak netizen yang mana satu menyokong tindakannya itu manakala sebelah pihak lagi tidak bersetuju dengan perbuatannya melakukan suntikan.

Hal yang demikian kerana menurut mereka Izara sudah sedia cantik dengan wajah naturalnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend