Cerita ArtisHiburan

Jaja Iliyes Akui Takut & Gementar Berlakon Dengan Wan Maimunah

Pelakon yang semakin dikenali ramai, Jaja Iliyes mengakui terdapat perasaan takut dalam dirinya apabila kali pertama digandingkan dengan pelakon senior terkenal, Wan Maimunah menerusi filem Petaka.

Bagaimanapun, Jaja memberitahu perasaan takut itu hilang setelah layanan yang diberikan oleh Wan Maimunah dan menganggap beliau seperti ibunya.

“Mula-mula dapat tahu bergandingan dengan Wan Maimunah, timbul perasaan takut dan gugup. Kita sendiri tahu macam mana tahap lakonan beliau dan saya takut tenggelam dengan lakonannya, apatah lagi saya masih dikira baharu dalam bidang ini.

“Namun begitu, saya akui ibu (Wan Maimunah) seorang pelakon yang sangat hebat dan banyak ilmu dan pengalaman bermakna yang saya peroleh daripadanya. Memang saya sangat respect dengannya,” ujarnya.

Petaka merupakan sebuah kisah yang mengetengahkan tentang konflik kekeluargaan yang akan ditayangkan di saluran Astro First pada bulan Disember ini.

Ia berkisar tentang tentang kemiskinan keluarga Sham (Azman Ahmad) setelah kematian ayahnya. Ibunya (Wan Maimunah) pula menderita sakit kaki, manakala adiknya iaitu Syikin (Jaja Iliyes) pula tidak dapat menyambung pelajaran.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kariernya sebagai serrang artis pula, Jaja menyatakan dia seboleh-bolehnya cuba untuk elak daripada terbabit dalam sebarang kontroversi semata-mata untuk menaikkan nama dalam industri hiburan.

Jelas Jaja, dia tidak mahu orang mengenali dirinya kerana kontroversi. Sebaliknya, dia mahu dikenali ramai menerusi lakonan-lakonan yang ditampilkannya.

“Pertama sekali saya elak untuk terbabit dalam sebarang kontroversi kerana perlu menjaga perasaan keluarga dan saya fikir kenapa perlu nak ada kontroversi semata-mata nak dikenali ramai.

“Bagi saya, kejayaan seseorang pelakon itu apabila lakonannya dapat memberi impak kepada penonton dan itu yang saya akan usahakan,” ujarnya.

Menurutnya, tidak dinafikan juga drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 1 & 2 dan Meh Sandar Pada Aku adalah titik tolak kepada dirinya yang kini semakin dikenali ramai.

“Apa yang boleh saya katakan kedua-dua drama itu adalah pembuka rezeki untuk diri saya dalam bidang lakonan. Malah, ramai peminat-peminat yang mula mengikuti perkembangan karier saya menerusi drama-drama berkenaan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button