AntarabangsaHollywood

James Corden Gantikan Ellen DeGeneres Dalam Program Bual Bicara?

Nama hos Late Late Show, James Corden kini hangat diperkatakan akan menggantikan peranan pengacara popular, Ellen DeGeneres menerusi program bual bicaranya, The Ellen Show.

Khabar angin itu timbul selepas Ellen dikatakan mewujudkan persekitaran kerja yang tidak sihat seperti bersikap perkauman, suka membuli serta melakukan gangguan seksual terhadap krew produksinya sebelum ini.

Sumber terdekat program tersebut berkata, sejak sebelum munculnya kontroversi yang mengaitkan Ellen itu, nama James memang disebut-sebut antara pengacara yang mampu menggantikan Ellen sekiranya dia tidak lagi berada di kerusi pengacaraan.

James sebelum ini popular dengan segmen Carpool Karaoke yang mana dia muncul menyanyi bersama tetamu jemputan dalam kereta yang sedang bergerak. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button