AntarabangsaHollywood

Jamie Otis Kongsi Foto ‘Baby Bump’ Dalam Instagram

Personaliti program realiti TV, The Married at First’s Sight iaitu Jamie Lotis telah berkongsi gambar ‘baby bump’ pertama di laman Instagramnya pada baru-baru ini.

Hal ini juga buat julung kalinya dia telah menunjukkan gambar kandungan anak yang ketiga hasil perkahwinan bersama Dough Hener.

“Ini adalah gambar pertama ‘baby bump’ saya. Usia kandungan saya kini sudah mencecah lapan minggu. Saya tak sabar menanti kehadiran buah hati saya ini,” katanya menerusi Instagram.

Melalui hashtag dan grafik yang digunakan oleh Otis untuk menghiasi gambar itu dalam Instagram, kandungannya ketika ini adalah hanya bersaiz buah rasberry.

Menurut Lotis, 32 dan suaminya tidak menyangka akan hamil lagi. Kandungan pada kali ini, dia mempunyai tanda-tanda alahan rasa mual dan hampir tidak dapat melaluinya.

Sebelum ini Otis dan Hehner digandingkan dalam rancangan realiti TV iaitu The married at First’s Sight pada tahun 2014.

Kemudian kedua-dua mereka telah berkahwin dalam program itu dan mula jatuh cinta beberapa bulan kemudian. Mereka turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Henley grace dan Jonathan Edward.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button