
“Janna 1, Netizen 0 Tu Memang Bullshit” – Gaduh Dengan Netizen, Janna Nick Buat Permohanan Maaf Secara Terbuka
Pelakon Janna Nick telah membuat permohonan maaf secara terbuka gara-gara tindakan bergaduh dengan netizen sebelum ini.
Permohonan maaf tersebut dibuat oleh pelakon itu menerusi satu perkongsian video di Instagram.
“Kita buat video ini untuk buat permohonan maaf secara terbuka. Kepada semua yang tengok video ni, kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick, so kita minta maaf sangat-sangat.
“Kita rasa kita mulakan tahun 2021 ni dengan negatif. Gaduh dengan netizen, bodohnya lah aku ni. Ya saya mengaku saya bodoh. Saya mengaku sayalah loser tu. Saya tak patut pun gaduh dengan netizen,” luahnya.

Ujarnya, dia berasa sedih apabila drama baharunya keluar iaitu Melastik Ke Langit dan mendapat sokongan menjadi trending daripada mereka yang bergaduh dengannya.
“Bila you guys support drama tu, trending drama tu dan betul-betul suka drama tu, kita rasa sedih sangat.
“Aku ni gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat, gaduh dengan orang yang support aku. Tapi at the end of the day korang yang support drama kita,” luahnya yang tidak dapat menahan sebak.
“Janna 1, netizen 0 tu memang bullshit. I’m so sorry, I’m truly sorry. I tak nak gaduh lagi dengan korang,” ujarnya.
Dalam pada itu, Janna menyatakan tentang kenyataan ‘orang biasa’ dan ‘artis’, dia tidak berniat untuk membezakan golongan artis dan orang biasa.
“Saya tetap mengaku salah saya, kat sini saya nak beritahu yang orang biasa, artis tu orang biasa juga. Saya orang biasa, saya buat salah saya minta maaf.
“Jadi saya kat sini, saya harap sangat semua maafkan saya. Siapa-siapa yang kenal saya tolong maafkan saya. Saya cuma nak start tahun 2021 ini dengan positif,” ujarnya. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Janna Nick