• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Jay Park Derma Baju Lama, Peminat Terkejut Jumpa…

Penyanyi Jay Park baru-baru ini ada memberi sumbangan sempena Festival Charity Bazaar for the Elderly yang mana dia mendermakan barangan lama miliknya untuk tujuan kebajikan.

Antara barangan yang disumbangkannya seperti pakaian, selimut, perkakasan rumah dan makanan. Barangan miliknya itu kemudiannya akan dilelong kepada peminat dan keuntungan itu akan disumbangkan kepada rumah kebajikan yang dipilih.

Yang menariknya, peminat yang membeli barangan lama Jay Park mendapat bonus apabila menjumpai sejumlah wang 30,000 won (RM109) yang terdapat di poket jaket berwarna biru yang dibelinya.

Sehubungan itu, peminat tersebut menggesa pembeli yang lain memeriksa pakaian mereka sekiranya terselit wang dalam baju lama penyanyi yang juga merupakan salah seorang juri program TV, Asia’s Got Talent.

Sementara itu, seorang lagi peminat pula menemui ‘kurang bernasib baik’ apabila hanya menemui gelang kertas serta pembalut gula-gula getah dalam poket baju yang dibelinya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend