AdvetorialKongsi

Jebat… Minuman Tenaga Khas Untuk Lelaki Keluaran Jamu Tun Teja

Setelah banyak menghasilkan produk untuk golongan wanita, jenama Jamu Tun Teja (JTT) kali ini tampil dengan sebuah produk khas untuk lelaki.

Pengasas JTT, Hazira Azihan Abd Wahab berkata, produk berkenaan adalah berupa minuman tenaga untuk lelaki keluaran JTT yang diberi nama Jebat.

“Tercetusnya idea untuk menghasilkan Jebat apabila saya selalu melihat Syuk (suami) selalu keletihan kalau kerja berterusan. Saya fikir macam mana nak maju dalam business kalau tak kental.

“Saya sendiri adalah pengguna tegar Jamu Tun Teja. Tempoh 24 jam ibarat ‘nothing to me’. Saya boleh kerja beterusan tanpa sempadan tetapi kalau Syuk tak boleh nak kejar energy bekerja sata, macam mana ? Oleh itu, terhasilnya produk Jebat by JTT ini.” ujarnya mengenai produk berkenaan.

Hazira Azihan merupakan pengasas kepada jenama Jamu Tun Teja yang diasaskan sejak tahun 2017.

Menurut Hazira, keunikan produk Jebat ini berbanding produk di pasaran ialah ia mengandungi tiga bahan utama yang sangat bagus untuk lelaki.

Ujarnya, kos pembuatan dan formulasi agak tinggi, namun JTT sangat berpegang teguh dengan ‘Quality Over Produk’ yang hanya berlandaskan konsep ‘Hit & Run’.

“Jebat adalah minuman tenaga yang dicipta khas untuk kaum lelaki dan ia mengandungi bahan-bahan herba semula jadi seperti Tongkat Ali, Ginseng, dan Madu Asli.

“Di samping itu, Jebat mempunyai manfaat yang baik, bertindak sebagai memberi tenaga tambahan untuk lelaki, mengurangkan bintik hitam dan putih di muka, membantu mengurangkan kesan gelap akibat sinaran matahari pada kulit dan membantu pelancaran usus yang sihat,” ujarnya.

Mengenai pemilihan nama Jebat pula, beliau menyatakan dari segi konsep, ‘Jebat’ sangat berhubung kait dengan jiwa, semangat kepahlawanan Kemelayuan demi memartabatkan sejarah nusantara. 

“Sejak awal tahun lepas lagi saya dah terbayang nama produk Jebat tu memang zasss! Kenapa bukan ‘Tuah’ sebab Jebat ni macam ‘bad boy’ sikit, ada aura dan karakter yang gagah.

“Untuk produk ini, saya berharap agar Jebat akan hit pada kali ini! Saya nak poduk Jebat diletakkan di Harrods!” ujarnya.

Minuman tenaga Jebat sudah mula dilancarkan sejak 13 Januari lalu dengan harga RM88 sekotak.

JTT selama ini dikenali sebagai produk berasaskan herba terbaik di Malaysia dan berpusat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Jenama ini telah diasaskan oleh Hazira bersama suaminya, Syukri Hassan yang juga selaku Presiden dan telah mula beroperasi sejak tahun 2017.

Selain Jebat, jenama JTT juga telah menghasilkan produk lain yang dibuat khas untuk wanita seperti Jamu Tun Teja, Ginseng Herbal Soap, Feminine Herbal Wash, MEKAR, Sutera Lip Serum dan Lip Glass, RATU Hair Series dan LAUT Spa Series.

Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh menghubungi Ms Mira di talian +60175173053 atau boleh menghantar e-mel di alamat jamutuntejahq@gmail.com. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
4
+1
25
+1
2
+1
2
+1
2
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button