• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Jennifer Terkejut Bekas Suami Hadir Majlis Ulang Tahun Kelahiran

Pelakon dan produser filem Jennifer Aniston terkejut dengan kehadiran bekas suaminya, Brad Pitt pada majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-50 yang diadakan di Hotel Sunset Tower, Los Angeles, Amerika Syarikat semalam.Menurut sumber, Jennifer meluru ke arah Brad dan terus memeluk aktor itu sambil mengucapkan terima kasih kerana gembira dengan kehadiran tetamu istimewa itu.

Walaupun teruja dengan kehadiran Brad, Jennifer dilihat tidak terlalu beria-ia melayani bekas suaminya ketika sepanjang majlis sambutan hari lahir itu berlangsung.

Walaupun mereka telah bercerai pada tahun 2005, namun hubungan antara Jennifer dan Brad masih lagi baik sehingga sekarang.

Pasangan ini berkahwin pada 2000 menerusi satu majlis tertutup yang diadakan di Malibu. Sepanjang berkahwin, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Selepas berpisah dengan Brad, Jennifer berkahwin pula dengan aktor Justin Theroux pada 2015 namun hubungan itu gagal selepas mereka disahkan bercerai dua tahun lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend