• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Jika Ditakdirkan Bercerai, Adira Akan Pertahan Hak Jagaan Anak

Penyanyi Adira Suhaimi menegaskan dia tetap akan mempertahankan hak penjagaan ketiga-tiga orang anaknya sekiranya ditakdirkan berpisah dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Sekalipun tidak lagi bergelar suami isteri kelak, Adira berkata dia tidak akan sesekali memisahkan hubungan antara anak-anak dengan bapa mereka.

“Saya tidak pernah tinggalkan anak saya walau satu malam pun jadi soal hak penjagaan anak itu mestilah pada saya. Saya beranak bukan untuk bagi orang, apa pun yang jadi saya akan pertahankan hak penjagaan saya. Lagipun mereka semua pun masih menyusu dengan saya lagi.

“Saya memang tiada niat untuk pisahkan anak-anak dengan bapa mereka dan saya tidak akan menghalang meeka daripada berjumpa,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pengumuman 30 lagu yang mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 yang berlangsung di Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Lagu nyanyian Adira berjudul Pujaan Hati akan bertanding pada minggu kedua yang dijadualkan berlangsung pada 22 November ini.

Sementara itu ketika diminta mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya, Adira berkata dia bukannya mahu bermain tarik tali kerana dirinya sudah nekad dengan keputusan untuk meneruskan permohonan cerai seperti yang dituntutnya sebelum ini.

“Sebenarnya sudah lama saya turun dan naik mahkamah tetapi baharu sekarang perkara ini dihidu ramai. Saya juga akan terima keputusan mahkamah pada sebutan kes permohonan cerai ini yang dijadualkan Disember depan dengan hati tenang dan terbuka. Doakan yang baik-baik buat saya dan anak-anak,” ujarnya lagi.

Penyanyi kelahiran Sabah itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika disoal sekiranya dia masih tinggal sebumbung dengan suaminya kerana dia masih menghormati Adnan yang masih sah bergelar suamiya.

Adira bernikah dengan Adnan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, Asan dan Anggun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend