• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Jimin BTS Selebriti Lelaki K-Pop Paling Popular 2019

Populariti yang diraih ahli kumpulan BTS, Jimin menjadikannya antara artis lelaki K-Pop yang paling disebut-sebut peminat sepanjang tahun ini.

Menerusi kajian yang dibuat Korean Business Research Institute, populariti selebriti K-Pop itu dinilai menerusi liputan media massa serta kekerapan nama mereka diperkatakan peminat di media sosial sepanjang 2019.

Sepanjang tahun ini, kajian yang dijalankan secara bulanan itu menyaksikan nama Jimin kekal berada di takhta nombor satu.

Peminat mereka yang digelar Army melahirkan perasaan teruja di atas perkhabaran tersebut malah berbangga dengan pencapaian Jimin.

Selain Jimin, BTS yang popular dengan lagu Boy With Luv itu turut dianggotai V, Jungkook, Jin, Suga, RM dan J-Hope. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend