
AntarabangsaHollywood
John Legend Umum Nama Anak Kedua, Miles Theodore Stephens
Penyanyi John Legend membuat pengumuman istimewa di laman Instagram dengan berkongsikan gambar cahaya mata keduanya, Miles Theodore Stephens.
Berserta kapsyen, ‘Our new love, Miles Theodore Stephens’, entri yang dikongsikan John itu mendapat sebanyak lebih sejuta tanda suka (like) daripada pengikut Instagramnya.
Sementara itu, isteri John, model Chrissy Teigen juga membuat pengumuman itu di Instagram miliknya dan berterima kasih di atas doa peminat terhadap keluarga mereka.
Miles dilahirkan pada Rabu lalu namun pasangan ini tidak mendedahkan maklumat terperinci di mana anak mereka dilahirkan.
John dan Chrissy berkahwin pada 14 September 2013 dan mereka turut mempunyai seorang anak perempuan, Luna Simone yang berusia dua tahun. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
+1
+1