• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Jonghyun Umum Tarik Diri Daripada Kumpulan CNBLUE

Selepas terpalit kontroversi menghantar mesej tidak bermoral kepada seorang Youtuber wanita, ahli kumpulan CNBLUE, Jonghyun mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan tersebut berkuat-kuasa serta merta.

Agensi pengurusannya, FNC Entertainment telah mengeluarkan kenyataan berhubung penarikan diri Jonghyun.

“Saya sekali ingin memohon maaf terhadap mana-mana pihak yang terluka dengan perbuatan dan kata-kata saya. Saya ingin mengumumkan bahawa saya sudah menarik diri daripada CNBLUE. Saya rasa bersalah telah menimbulkan kekacauan kepada ahli kumpulan saya. Saya juga berasa kecewa kerana telah melukakan hati peminat saya.

“Saya sangat menyesali tindakan dan bersedia menerima segala kritikan daripada orang ramai,” kata Jonghyun memetik kenyataan media tersebut.

Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, Jonghyun terlibat dengan kontroversi ruang sembang atas talian yang mana telah merakam wanita secara rahsia dalam keadaan memalukan yang didalangi selebriti Jung Joon Young. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend