EventHiburan

Juara Super Spontan Superstar, Kamal Menang RM100 Ribu

Pelakon Kamal Adli berjaya memecah rekod monopoli pelawak selepas diumumkan juara program Super Spontan Superstar 2017 yang berlangsung di Panggung Percubaan UPM, sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Kamal berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Tempat kedua pula menjadi milik Fad Bocey yang meraih wang RM50,000 dan trofi sementara Achey di tempat ketiga menerima RM25,000 dan trofi.

Ozlynn, Shuk, Shahrol dan Sharif yang meraih tempat keempat hingga kelapan masing-masing menerima hadiah saguhati sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Format pemarkahan sepenuhnya bergantung kepada undian SMS peminat.

Selain lapan finalis, Super Spontan 2017 turut dibarisi Shuib, Fikri, Zulin Aziz, Amy Mastura, Atu, Sharifah Shahira, Daniel dan Rahim yang tersingkir pada persembahan mingguan.

Pertandingan akhir itu turut dimeriahkan dengan kemunculan khas Johan dan Zizan Razak selaku pemain jemputan.

Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran sejak 8 September lalu dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan pengacara bersama Amir Raja Lawak.

Pertandingan akhir itu turut dimeriahkan komentator Datuk Afdlin Shauki dan komentator jemputan, Datuk Profesor Chef Wan.

Super Spontan 2017 disiarkan menerusi Astro Warna (132), Warna HD (124) dan saluran digital Astro Go dan On Demand. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button