• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Justin Timberlake & Isteri Dalam Proses Berbaik Selepas Insiden Foto Berskandal

Penyanyi dan pelakon Justin Timberlake dan isterinya, aktres Jessica Biel dikatakan dalam proses memperbaiki hubungan mereka selepas foto mesra Justin berpegangan tangan dengan heroin gandingannya menerusi drama Palmer, Alisha Wainwright tersebar, hujung bulan lalu.

Susulan insiden itu, Justin telah mengeluarkan kenyataan maaf kepada isterinya seperti mana yang dikongsikan di media sosialnya.

Menurut sumber terdekat pasangan itu, gambar tersebut telah menguris hati Jessica yang selama ini sangat berahsia mengenai kehidupan peribadinya kepada umum.

“Sejak kejadian itu, Jessica dan Justin jadi semakin rapat dan Justin sedar perkara itu telah menyakitkan hati isterinya. Jessica sangat terluka dengan foto mesra Justin dan Alisha. Dia tidak menyangka cerita kontroversi sebegini akhirnya terkena padanya kerana selama ini dia merupakan seorang yang sangat tidak berkongsi kisah peribadi kepada umum,” kata sumber tersebut memetik Hollywoodlife.com.

Justin sebelum ini menulis permohonan maaf berbunyi, “Saya mohon maaf kepada isteri yang sangat saya kagumi. Sekarang fokus saya hanya ingin menjadi suami dan bapa yang terbaik. Insiden itu bukanlah satu perkara yang saya mahu anak contohi daripada saya.”

Bekas ahli kumpulan N’sync itu sebelum ini tertangkap sedang berpegangan tangan dengan Alisha ketika sedang berparti di sebuah balkoni bar ketika mereka sedang menjalani penggambaran Palmer.

Justin mendakwa pada ketika gambar itu diambil paparazi dia sedang berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar akan perbuatannya itu.

Justin berkahwin dengan Jessica pada 19 Oktober 2012 di Fasano, Itali dan hasil perkahwinan mereka mempunyai seorang anak lelaki, Silas yang kini berusia empat tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend