• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Kajol Kongsi Gambar Terbaharu Anak Perempuan Mirip Dirinya

Pelakon Kajol dan suaminya, Ajay Devgan sememangnya dikenali sebagai pasangan Bollywood yang kurang gemar berkongsi gambar anak-anak mereka di mana-mana platform media sosial.

Anak perempuannya, Nysa Devgan, 15, semakin meningkat dewasa dan yang mengejutkan peminat ialah wajah Nysa saling tidak tumpah seperti muka ibunya. Pasangan anak-ibu ini dikatakan seperti pasangan kembar disebabkan wajah awet muda yang dimiliki Kajol.

Kajol turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu anak lelakinya iaitu Yug yang kini berusia lapan tahun.

Aktres yang cukup sinonim dengan filem Kuch Kuch Hota Hai itu mendirikan rumah tangga dengan Ajay pada 24 Februari 1999 selepas hampir lima tahun bercinta.

Sementara itu, Kajol kini tampil dengan filem terbaharu berjudul Helicopter Eela yang merupakan arahan Pradeep Sarkar. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend