• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Kak KM Bikin Kecoh, Raba Buah Dada Ifa Raziah

Siapa yang tidak mengenali anak kepada dramatis Normah Damanhuri iaitu Liyana Rosli. Liyana yang juga dikenali sebagai Kak KM merupakan pengusaha produk keintiman wanita sememangnya cukup terkenal dengan teknik pemasaran yang agak lucah dalam mempromosikan barangan jualannya.

Terbaharu, Kak KM buat hal lagi apabila memuat naik sebuah video sedang meraba buah dada penyanyi dangdut, Ifa Raziah. Ifa turut dilihat memegang punggung Kak KM sambil memuji tubuh badan montok yang dimiliki Kak KM.

Perbuatan mereka yang menyentuh bahagian sensitif masing-masing sambil bergelak sakan mengundang kritikan daripada netizen yang meminta kedua-dua selebriti itu untuk bertaubat.

Video yang dikongsikan menerusi Instagram itu dipercayai dirakam ketika Kak KM menghadiri majlis ulang tahun kelahiran Ifa yang diadakan di sebuah restoran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kak KM sebelum ini pernah menggemparkan netizen dengan video bergolek-golek di taman sambil membuat aksi ghairah bagi mempromosikan barangan yang dijualnya.

Biarpun perbuatannya sering mendapat kritikan negatif masyarakat, namun Normah sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan ia merupakan semata-mata strategi pemasaran yang dilakukan oleh anak perempuannya itu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend