• FOLLOW US
Gaya Hidup

#KamiCaring Run 2019 Sebar Mesej ‘Hidup Sihat, Hidup Gembira’

Bagi mempromosikan slogan ‘Hidup Sihat, Hidup Gembira’, CARiNG Pharmacy akan menganjurkan Larian #KamiCaring Run 2019 yang akan diadakan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019, bermula jam 6 pagi.

#KamiCaring Run 2019 merangkumi 5KM Fun Run dan 12KM Competitive Run. 5KM Fun Run terbuka untuk dewasa berusia 13 tahun dan ke atas serta kanak-kanak berumur antara tiga hingga 12 tahun. 12KM Competitive Run pula terbuka untuk peserta berusia 15 tahun dan ke atas.

Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian dengan melayari http://bit.ly/KamiCaringRun2019 di mana pendaftaran awal diberikan diskaun sebanyak RM5. Yuran pendaftaran untuk 5KM Fun Run ialah RM50 manakala RM60 untuk 12KM Competitive Run. Pendaftaran akan ditutup pada 9 Oktober ini. Setiap peserta akan mendapat t-shirt larian, medal dan beg cenderahati.

Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pemenang-pemenang 12KM Competitive Run. Untuk kedua-dua kategori 12KM Terbuka Lelaki/Veteran dan 12KM Terbuka/Veteran, pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM600 beserta piala.

Pemenang di tempat kedua pula akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM400 beserta piala, manakala tempat ketiga pula menerima wang tunai RM200 beserta piala. Hadiah saguhati berupa baucar tunai bernilai RM100 beserta piala akan diberikan kepada pemenang-pemenang tempat keempat hingga ke-sepuluh.

Peserta #KamiCaring Run 2019 juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang turut diadakan pada hari larian tersebut. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend