• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Kanye Pernah Terfikir Nak Bercerai, Kim Kardashian Dah Maafkan Suami

Status hubungan di antara Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West masih lagi baik selepas Kim menerima permohonan maaf suaminya.

Kanye sebelum ini memuat naik beberapa siri twit di laman Twitter miliknya menceritakan tentang masalah dalaman rumah tangga mereka sehingga pernah memikirkan untuk menceraikan Kim.

Susulan keterlanjurannya itu, Kanye kemudiannya menulis permohonan maaf terbuka terhadap Kim, “Saya ingin memohon maaf kepada isteri kerana mendedahkan perkara sulit kepada pengetahuan umum.

“Saya tidak pernah fikirkan tentang perasaannya seperti mana dia yang sentiasa menjaga hati dan perasaan saya. Kepada Kim, saya tahu saya telah mengecewakan awak, tolong maafkan saya. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya,” tulis Kanye.

Menurut sumber terdekat pasangan ini, Kanye dan Kim sudah berbincang mengenai perkara tersebut namun Kim dikatakan sudah berasa tawar hati dan tidak jelas akan masa depan rumah tangga mereka selepas ini.

Kanye sebelum ini mengakui berhadapan dengan masalah kesihatan mental dan telah disahkan menghidap penyakit bipolar.

Kanye dan Kim berkahwin pada 24 May 2014 dan mereka mempunyai empat cahaya mata, North, Chicago, Psalm dan Saint. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend