• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Kanye West Luah Hasrat Nak Jadi Presiden AS Lawan Trump

Penyanyi dan rapper Kanye West menyatakan keinginannya ingin bertanding dan merebut jawatan presiden Amerika Syarikat daripada Donald Trump.

Kanye meluahkan hasratnya itu menerusi ciapan di laman Twitternya dengan menulis, “We must now realize the promise of America by trusting God, unifying our vision and building our future. I am running for president of the United States. #2020Vision. (Kita mesti memperkasakan janji terhadap rakyat Amerika, perkukuh visi serta memberikan masa hadapan yang baik untuk generasi akan datang. Saya akan bertanding sebagai presiden Amerika Syarikat).”

Suami kepada Kim Kardashian itu memuat naik twit tersebut selepas beberapa hari mengumumkan dia bakal muncul dengan album baharu berjudul God’s Country.

Kenyataan Kanye itu disambut dengan berita baik para peminatnya namun itu semua mungkin tidak menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini. Ini kerana tarikh akhir untuk menghantar borang pencalonan sebagai wakil rakyat sudah ditutup baru-baru ini.

Kim turut memberi reaksi balas terhadap kenyataan suaminya itu dengan mengulang kicau twit tersebut serta memberikan sokongan penuh terhadap cita-cita suaminya itu.

Selain Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk turut memberikan sokongan terhadap Kanye dengan menulis, “You have my full support! (“Saya sokong anda!)” – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend