• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Karan Johar, Alia Bhatt Dicemuh Susulan Kematian Sushant Singh

Kematian bintang Bollywood, Sushant Singh Rajput masih diperkatakan sehingga kini oleh peminat di India.

Sushant dilaporkan mengambil nyawanya sendiri selepas didakwa mengalami kemurungan dan ada ura-ura mengatakan mendiang tertekan dengan sikap pilih bulu dan pilih kasih beberapa individu berpengaruh dalam industri perfileman Bollywood.

Aktor berusia 34 tahun itu ditemui mati tergantung di kediamannya di Mumbai, tiga hari lalu.

Ramai mengaitkan kematiannya ada kaitan dengan sikap segelintir pengarah berpengaruh serta selebriti popular lain yang sering menyisihkan serta tidak mengiktiraf hasil kerja seninya selama ini.

Antara nama-nama yang disebut menjadi punca kepada kematian aktor itu ialah pengarah dan produser terkenal, Karan Johar serta aktres Alia Bhatt.

Karan dikatakan pernah menyingkirkan beberapa projek filem yang sepatutnya dilakonkan Sushant. Hal itu disebabkan terdapat gerakan beberapa pengarah dan penerbit yang memboikot daripada memberikan tawaran lakonan kepada Sushant hanya disebabkan dia pernah menolak tawaran pengarah Aditya Chopra sebelum ini.

Selain Karan, nama Alia turut dikaitkan dengan kematiannya, malah kebanyakan warga net di sana merasa ‘jijik’ dengan perasaan simpati yang dizahirkan Alia susulan kematian Sushant.

Menurut mereka, Alia hanya berpura-pura sedih kerana sebelum ini dia sering bersikap sombong malah pernah menyatakan tidak mengenali Sushant ketika diwawancara menerusi sebuah rancangan tv. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend