• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Kareena Kapoor Nak Cari Skrip Bagus Berlakon Dengan Kakak

Pastinya ramai peminat filem Hindustan ternanti-nantikan gandingan lakonan dua beradik popular Karisma Kapoor dan Kareena Kapoor dalam satu filem yang sama.

Perkara itu turut diimpikan sama oleh Kareena, 40, saat ditanya wartawan mengenai perkara itu.

Isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu berkata, “Saya dan Karisma memang sentiasa teringin nak berlakon bersama tapi kami tak jumpa lagi skrip dan naskhah yang betul-betul bagus. Seseorang perlu keluarkan skrip yang bagus, hanya selepas itu kami akan pertimbangkan.”

Kareena baru-baru ini mencetuskan sensasi di kalangan peminatnya apabila akhirnya tampil dengan akaun Instagram sendiri, @kareenakapoorkhan yang setakat ini sudah mengumpul seramai lebih 1.6 juta pengikut dari seluruh dunia.

Kareena sebelum ini cukup terkenal menerusi wataknya sebagai Pooja dalam filem pecah panggung Kabhi Kushi Kabhie Gham yang turut dibarisi Shah Rukh Khan, Kajol dan Hritrik Roshan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend