AntarabangsaHollywood

Kate Beckinsale Dikejarkan Ke Hospital Kerana Ketumbuhan Ovari

Pelakon British, Kathrin Romary Beckinsale atau Kate Beckinsale dimasukkan ke hospital kerana mengalami ketumbuhan di bahagian ovari.

Menerusi laman Instgramnya, Kate, 46, berkongsi gambar dirinya yang lemah terbaring di atas katil hospital. Namun pelakon filem Underworld ini tidak mendedahkan lokasi hospital di mana dia mendapatkan rawatan.

“Ketumbuhan di ovari benar-benar menyakitkan dan morfin buat saya menangis. Saya sangat berterima kasih kepada semua yang telah menjaga saya,” tulisnya.

Sebelum ini, Kate pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Michael Sheen pada 1995 namun bercerai pada 2013. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang anak permempuan, Lily Mo Sheen yang kini berusia 20 tahun.

Selepas itu, Kate berkahwin pula dengan pengarah Len Wiseman pada 2004 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila mereka disahkan bercerai pada tiga tahun lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button