• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Kau Bukan Dia Taruhan Pertama Penyanyi Baharu Ezly Syazwan

Penyanyi dan komposer baharu, Ezly Syazwan mempertaruhkan single ciptaannya sendiri, Kau Bukan Dia untuk berkongsikan bakatnya dengan peminat muzik tempatan di luar sana.

Pemilik nama sebenar Ezly Syazwan Shah Mohd Joeellyno, 20, ini berkata Kau Bukan Dia mengisarkan tentang rintihan seorang lelaki apabila cintanya disia-siakan oleh kekasihnya.

“Lagu ini saya hasilkan sendiri, ia mengisahkan pengorbanan dan cinta yang diberikan tidak dihargai, malah ditinggalkan wanita kesayangannya.

“Sehinggalah lelaki tersebut akhirnya terpaksa meneruskan kehidupan tanpa wanita tersebut di sisi. Itu merupakan intipati dalam lagu ini,” katanya.

Bakat Ezly mula diketengahkan apabila menyertai pertandingan battle of the band, Raja Band dan pernah menyertai program realiti televisyen TV9, Pop Krew.

Ezly kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma jurusan Muzik di UiTM Shah Alam sama sekali tidak merasakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar mengganggu bidang nyanyian yang diceburinya.

Single Kau Bukan Dia diterbitkan oleh Map Music dan sudah boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik. – KopiPlanet.com

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend