AntarabangsaHollywood

Keluarga Selena Gomez Tak Suka Justin Bieber

Walaupun baharu sahaja kembali bercinta, namun ahli keluarga Selena Gomez dikatakan tidak menyukai Justin Bieber.

Disebabkan perkara itu, Selena dan Justin mengambil keputusan untuk meraikan perayaan Thanksgiving baru-baru ini secara berasingan dengan keluarga masing-masing.

Menurut laporan E!News, Justin terbang ke Kanada untuk bersama keluarganya manakala Selena meraikannya bersama ahli keluarga di Texas.

Selena merasakan ia masih terlalu awal membawa Justin bertemu ahli keluarganya memandangkan mereka masih lagi tidak bersetuju dengan keputusan Selena kembali berpacaran dengan penyanyi lagu Despacito itu.

Sementara itu, Justin dikatakan berharap keluarga kekasihnya itu dapat menerimanya semula agar mereka dapat meraikan perayaan Krimas bersama-sama.

Pasangan yang mendapat jolokan Jelena ini mula bercinta pada 2009 namun berpisah pada 2013 sebelum dikhabarkan menjalin semula hubungan istimewa pada Oktober lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button