Cerita ArtisHiburan

Kembali Dengan Malaikat Cinta, Radja Adakan Konsert Di KL Mei Ini

Kembali dengan single terbaharu berjudul Malaikat Cinta, kumpulan popular Indonesia Radja sekali lagi bakal menghiburkan peminat mereka di Malaysia pada 5 Mei ini, jam 8.30 malam di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.

Konsert Radja Malaikat Cinta bakal memaparkan seleksi lagu daripada album pertama band terbabit sehinggalah yang terbaharu.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan menerusi konsert berdurasi dua jam itu ialah Jujur, Benci Bilang Cinta, Takkan Melupakanmu dan Tulus.

Konsert Radja Malaikat Cinta dianjurkan oleh Belbis Sdn Bhd dengan kerjasama AV Group dan Symphony Music.

Tiket-tiket sudah mula dijual bermula 21 Mac lalu dengan harga RM285 (VIP – duduk dan majlis ‘moktail’ sebelum konsert), RM215 (Platinum), RM165 (Gold), RM125 (Silver) dan RM85 (Bronze).

Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi laman web www.airasiaredtix.com dan cawangan Rock Corner terpilih. Diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada peminat yang membeli tiket sebelum tarikh 31 Mac ini.

Radja yang ditubuhkan pada tahun 1999 dianggotai Ian Kasela selaku vokalis, Moldy (gitaris), Aldi (pemain keyboard), Ojie (pemain bass) dan Vidin (pemain drum). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button