Cerita ArtisHiburan

Kesibukan Kerja Buat Syafiq Kyle Tidak Fikir Nak Kahwin Lagi

Pelakon Syafiq Kyle mengakui jadual kerja yang sibuk menjadi antara salah satu punca dia masih belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Hampir lima tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan aktres Mimi Lana, pasangan itu terbuka berkongsikan mengenai kisah cinta mereka kepada umum.

“Mendirikan rumah tangga pastinya menjadi impian setiap lelaki dan saya pun ada memasang impian dan niat ke arah itu.

“Keluarga saya pun selalu menasihati kalau berkawan dengan wanita, jika tidak ada duit sekali pun nak kahwin, kena pasang niat nak berkahwin itu.

Tapi itulah, sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Mungkin sebab jadual kerja masing-masing. Baik saya mahupun pihak wanita, kami menghormati waktu masing-masing.

“Malah keluarga pun menyerahkan kepada kami mengenai perkara ini memandangkan kerjaya dalam bidang (seni) ini pun tidak menentu,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Summeraya 2020 Rico Rinaldi yang berlangsung di GMBB, Kuala Lumpur semalam.

Syafiq diangkat sebagai ‘muse’ koleksi Summeraya 2020 Rico Rinaldi yang menampilkan tema minimalis dan ringkas untuk rekaannya kali ini.

Dalam perkembangan lain, Syafiq kini sedang mempersiapkan diri untuk membintangi sebuah filem kerjasama di antara Malaysia dan Thailand berjudul Algojo yang mengetengahkan kisah mengenai seorang pembunuh upahan.

Filem itu akan menjalani penggambaran bermula Jun ini di sekitar Kuala Lumpur dan Bangkok, Thailand. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button