• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Kim Jong Kook Ujar Sedia Bertemu Janji Tahun Ini

Pelakon serta penyanyi Kim Jong Kook, 43, secara terbuka telah memberitahu mengenai matlamatnya untuk bertemu janji dengan seseorang pada tahun ini menerusi rancangan Running Man yang ditayangkan Ahad lalu.

Hal ini disebabkan salah seorang ahli Running Man iaitu Yoo Jae Suk terlebih dahulu telah mengajukan soalan peribadi berkenaan perkahwinan terhadapnya yang berbunyi, “Adakah kamu benar-benar berfikir akan berkahwin pada tahun ini?”.

“Saya akan cuba bertemu janji pada tahun ini agar ianya membawa kepada perkahwinan pada tahun depan. Temu janji yang diaturkan terlalu banyak tetapi saya mengharapkan pertemuan yang berlaku secara semula jadi,” ujar Jong Kook.

Sejurus mendengar Jong Kook berkata sedemikian, rakannya Song Ji Hyo telah bersorak sambil berkata “Oppa, saya ada di sini!”, dan hal tersebut telah menyebabkan ketujuh-tujuh ahli Running Man meletuskan tawa mereka. -KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend