Cerita ArtisHiburan

Kongsi Foto Seperti Konsep Pre-Wedding, Harris Alif & Intan Ladyana Bakal Berkahwin?

Penyanyi dan pelakon, Harris Alif telah menimbulkan persoalan ramai pihak apabila memuat naik sekeping foto seperti  konsep pre-wedding menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Malah, Harris turut ditanya sama ada bintang berusia 21 tahun itu kini dalam proses untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama kekasihnya iaitu pelakon Intan Ladyana.

“Maaf, buat masa ini saya tak mahu komen mengenainya,” jawabnya ringkas.

Apabila ditanya mengenai kesediaan menggalas tanggungjawab sekiranya bakal bergelar suami pada usia muda, Harris tidak merasakan ia sebagai satu faktor penghalang.

“Kalau bercakap tentang tanggungjawab, ia bukanlah terletak pada umur semata-mata. Tidak semestinya begitu, tanggungjawab itu harus dilihat pada diri kita sendiri.

“Tidak bermakna kalau umur seseorang itu muda dia tidak bertanggungjawab, dan tidak semestinya jika seseorang itu dewasa atau tua bermaksud dia bertanggungjawab, soal tanggungjawab ini terpulang pada diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Harris mengatakan dia lebih selesa menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan Yang Maha Esa.

“Bab sebegini saya serahkan kepada kuasa Allah, kalau ada jodoh saya, Insya-Allah ada lah, saya terima sahaja, kita doakan sahaja perkara baik-baik.

“Kalau ada apa-apa perkembangan, sudah tentu saya akan maklumkan selepas ini,” tuturnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button