• FOLLOW US
Event, Hiburan

Konsert Kembara Kita Papar Perjalanan Muzik Ramli Sarip & Ella

Hanya tinggal beberapa sahaja lagi sebelum konsert Kembara Kita yang menampilkan gabungan dua penyanyi lagenda, Datuk Ramli Sarip bersama Ratu Rock, Ella Aminuddin yang bakal menggegarkan pentas Istana Budaya pada 14 dan 15 Februari ini.

Ini merupakan gabungan pertama buat kedua-dua penyanyi ini sepanjang hampir empat dekad menghambakan diri dalam bidang seni.

Dianjurkan Rasa Music Sdn Bhd, konsert Kembara Kita juga diadakan bagi merealisasikan impian Allahyarham pemuzik, Fauzi Samin atau Aji yang sebelum ini sering kali mengiringi persembahan Ramli dan Ella.

“Kembara Kita bukan sahaja menampilkan perjalanan muzik kami bersama tetapi sebahagiannya adalah ‘soul’ dan kedewasaan yang kami berdua dan ini adalah antara sumbangan kami terhadap industri.

“Sedikit sebanyak, Kembara Kita juga adalah suatu usaha untuk menjayakan impian arwah Aji yang mahu sangat-sangat konsert rock n roll dan blues ini menjadi kenyataan,” kata Ramli.

Diiringi barisan pemuzik berpengalaman iatu Soul Journey, konsert selama dua jam setengah ini akan menampilkan sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh dua penyanyi hebat ini.

Barisan pemuzik Soul Journey terdiri daripada Rio Rasul yang bertindak sebagai pengarah muzik dan pemain keyboard pertama, Ude Wahid (Keyboard kedua), Addy Rasidi (gitar pertama), Helmi (gitar kedua), Din Safari (bass), Tom Anuar (dram pertama), Bob Wahid (dram kedua) dan Kamrun Hussin (perkusi latin) manakala Izzat dan Baby selaku penyanyi suara latar.

Kembara Kita juga bakal menampilkan kemunculan pemain gitar terkemuka Lefthanded iaitu Man Kidal sebagai pemain gitar undangan dalam konsert ini nanti.

Daripada segmen solo kepada segmen duet, Ramli dan Ella juga akan melakukan kejutan yang tidak dijangka yang akan meninggalkan kepuasan buat peminat serta pengikut tegar yang datang menyaksikan konsert Kembara Kita.

Tiket berharga RM110, RM160, RM210, RM260, RM310, RM360, RM460 dan RM510 boleh didapati menerusi www.ilassotickets.com atau hubungi talian 03-21706333. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend