• FOLLOW US
Event, Hiburan

Konsert Zee Avi & NJWA Terpaksa Ditangguhkan Ke Bulan Jun Ini

Konsert dua penyanyi bertaraf antarabangsa, Zee Avi dan NJWA yang sepatutnya berlangsung pada 22 Mac ini terpaksa ditangguhkan pada tarikh 22 Jun ini.

Menurut pihak penganjur daripada Showlab Ventures iaitu Farhan Aizat, konsert berkenaan terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Segala kesulitan amat dikesali. Kami berasa sedih dengan penangguhan ini. Kami akur dengan kemeriahan pelbagai jenis konsert yang berlangsung pada bulan Mac dan April ini.

“Jadi, kami merasakan bahawa keputusan terbaik ialah dengan menangguhkan acara kami ke satu tarikh yang lain,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, beberapa aspek teknikal juga perlu diambli kira bagi memastikan konsert berkenaa berjaya dijalankan dengan lancarnya,” katanya.

“Konsert akan tetap berlangsung di lokasi sama di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam,” ujarnya.

Sebarang informasi berkenaan konsert ini, anda boleh layari laman Instagram @showlab.my atau Facebook Showlab MY. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend