Cerita ArtisHiburan

Kontrak Hans Isaac Sebagai Pengerusi Finas Ditamatkan

Pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac mengesahkan jawatannya selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kini telah berakhir.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri olehnya di Instagram miliknya menerusi surat diberikan berhubung penamatan kontrak tersebut.

“Saya bersyukur kepada tuhan segala penantian berakhir di mana saya telah menerima surat penamatan kontrak sebagai Pengerusi Finas bermula 1 Syawal 1441 Hijrah/24 Mei 2020.

“Mengimbas kembali dalam tempoh beberapa bulan sebagai Pengerusi Finas, saya telah mencuba yang terbaik untuk industri ini walaupun berdepan dengan tatacara dan kerenah birokrasi dalam agensi kerajaan,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button