AntarabangsaHollywood

Kris & Kim Gembira Kourtney Putus Cinta Dengan ‘Anak Ikan’

Kris Jenner dan Kim Kardashian merupakan individu yang paling gembira bila Kourtney dikatakan sudah berpisah dengan teman lelaki muda yang merupakan seorang model, Younes Bendjima.

Hubungan cinta di antara Kourtney dan Younes dikatakan berantakan selepas masing-masing mengambil keputusan tidak lagi mengikuti satu sama lain di laman sosial Instagram.

Kris dan anak bongsunya, Kylie serta Kim dikatakan sudah lama tidak bersetuju apabila Kourtney, 39, menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang 14 tahun lebih muda daripadanya sejak dua tahun lalu.

Keluarga Kardashian dikatakan lebih menyenangi bekas tunang Kourtney, Scott Disick. Mereka berpisah pada tiga tahun lalu.

Kourtney mempunyai tiga cahaya mata sepanjang berhubungan dengan Scott iaitu Mason, 9, Penelope, 6, dan Reign, 4 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button