• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Ku Mau Duet Aizat Amdan Dengan Penyanyi Indonesia Hanin Dhiya

Setelah muncul dengan single duet bersama Bunga yang berjudul DUP DUP, kini Aizat Amdan melangkah lebih jauh lagi dengan berduet bersama artis Indonesia, Hanin Dhiya dalam single yang berjudul ‘Ku Mau’.

Hanin yang merupakan bekas peserta akhir rancangan realiti Rising Star Indonesia beberapa tahun lalu mempunyai suara yang merdu dan serasi dengan gaya vokal serta nyanyian Aizat.

Ku Mau ditulis oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, Yeshua Abraham (Indonesia), Melanie Wehbe (Sweden) dan Elias Naslin (Sweden). Single ini mengisahkan tentang dua insan yang bercinta pada jarak jauh.

Walaupun berbeza negara, namun jejaka itu sanggup datang untuk menemui dan melamar kekasihnya. Ku Mau juga menerapkan kesungguhan pasangan ini untuk menjayakan kisah cinta mereka.

“Sebagai penyanyi dan penulis lagu, saya memang mengimpikan untuk mengembangkan karya saya dan berkolaborasi demi mendekati pendengar seluruh dunia.

“Saya sangat gembira apabila Hanin Dhiya sudi menjadi teman duet justeru menaikkan lagi taraf lagu ini dengan vokal beliau yang merdu.

“Keserasian di antara saya dan Hanin sangat senang dan bersahaja membuatkan lagu ini lebih berwarna-warni. Saya harap pendengar akan jatuh cinta dengan lagu ini dan mampu menujukan lagu ini kepada orang tersayang,” kata Aizat.

Manakala jelas Hanin, “Ini kali pertama bagi saya menyanyikan single yang ceritanya bukan lagi tentang patah hati. Dari pertama kali saya diberi untuk mendengar lagu ini oleh Aizat Amdan ketika beliau di Sweden, saya sudah jatuh cinta dengan rentaknya.

“Asalnya lagu ini berbahasa Inggeris dan saya tidak menyangka yang lagu ini boleh diadaptasikan kepada Bahasa Malaysia / Indonesia dan dijadikan single duet untuk saya dan Aizat Amdan. Saya berharap agar para pendengar dapat tersenyum ketika mendengar bait-bait lirik ini.

“Pengalaman berduet bersama Aizat Amdan amat disenangi kerana beliau seorang yang baik dan peramah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang meluangkan masa untuk mendengar cerita saya dan Aizat Amdan. Ku mau kita semua sehat-sehat terus, ya!” kata Hanim.

Ku Mau merupakan terbitan Kasi Gegar Entertainment dan edaran Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 26 Jun lalu. – KopiPlanet.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend