
Lagu Poyo Bukan Tuju Pada Artis Minta Bantuan Kerajaan
Baru-baru ini terlancarnya satu lagi karya lagu yang berjudul poyo bersama dengan muzik video yang menampilkan gabungan tiga suara iaitu Danial, Santesh dan Noki K-Clique.
Dalam masa yang sama juga berbagai komen netizen yang diterima di laman YouTube rasmi lagu ini sebaik sahaja ia dilancarkan.
Antara komen-komen yang menjadi perhatian adalah, lagu ini dikatakan seperti lagu khas kepada semua artis yang kemaruk yang hendak minta bantuan kerajaan.
Walau pun isu ini tengah hangat diperkatakan. Namun apa yang boleh dikatakan lagu ini mula diperkatan oleh netizen.
Menurut salah seorang penyanyi di dalam lagu ini iaitu Danial berkata, sejak awal lagi lirik lagu ini tidak berkaitan dengan isu mana-mana pihak pun, termasuk isu artis yang meminta bantuan kerajaan.
“Saya dan rakan-rakan gandingan dalam lagu ini berharap agar lagu Poyo ini dapat diterima ramai,” ujarnya.
Lagu tersebut adalah ciptaan Mr Yin dan lirik lagu pula adalah dan gabungan Mr Yin, Danial dan Noki K-Clique serta diedarkan di bawah syarikat rakaman Datu Entertaiment. – KopiPlanet.com



