• FOLLOW US
Event, Hiburan

Lan, Fitri Haris Gabung Rock & Ketuhanan Dalam Konsert 2 Dunia

Pernah berduet bersama dalam program Gema Gegar Vaganza menberikan ilham kepada dua penyanyi berbeza genre, Lan Solo dan Fitri Haris menjayakan Konsert 2 Dunia yang bakal berlangsung pada 14 Disember ini di Universiti Sains Malaysia (USM).

Kolaborasi ini dilihat cukup unik kerana perbezaan genre muzik yang dibawakan dua penyanyi tersebut yang mana Lan lebih dikenali dengan genre rock manakala Fitri Haris dengan muzik ketuhanan.

Menurut Fitri yang merupakan bekas ahli kumpulan UNIC, dia yakin kerjasama di antara mereka berdua mampu memberikan kelainan dan fenomena baharu dalam industri hiburan tempatan.

“Saya harap konsert ini dapat bawa kelainan berbanding konsert yang ada, sejujurnya saya memang mengimpikan konsert setelah 17 tahun dalam industri.

“Saya yakin dengan kehebatan Lan, gabungan bintang program Gegar Vaganza dan Gema Gegar Vaganza ini pasti mencetus satu ‘benchmark’ dalam industri hiburan.

“Sebelum ini saya pernah jemput Lan untuk berduet di pentas GGV menyanyikan lagu Hati Emas yang dipopularkan Datuk M. Nasir. Sejak itu kami mula rapat dan bila ada kesempatan untuk adakan konsert saya pelawa Lan sekali dan menamakan persembahan ini Konsert Dua Dunia kerana kami membawa dua genre yang berbeza,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Fitri ditemui pada majlis sidang media Konsert 2 Dunia yang diadakan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Sementara itu, Lan berkata dia tidak pernah terfikir akan bekerjasama dengan Fitri lagi selepas kemunculan duetnya bersama Fitri menerusi GGV. Namun, ia akhirnya terlaksana apabila dia menerima pelawaan daripada Fitri yang mahu membuat kelainan dalam konsert bergenrekan rock dan ketuhanan itu.

“Saya tidak pernah terbayang kami akan bekerjasa, malah agak kekok pada permulaan kerana genre yang kami perjuangkan tidak sama.

“Namun, apabila didekati, Fitri juga mempunyai misi yang sama dan saya gembira usaha kami ini bakal jadi kenyataan,” katanya.

Tiket berharga RM20 sehingga RM150 boleh didapati dengan menghubungi talian 018-9553228 dan 013-4366931. – KopiPlanet.com

Sebahagian hasil jualan konsert itu nanti akan disumbangkan kepada badan kebajikan Cleft Lip & Palate Association Malaysia (CLAPAM). – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend