
Lancar Lagu Lavida Raya, DSV Nak Bagi Duit Raya RM700
Sejak dilancarkan pada 1 Jun lalu, muzik video single raya usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida yang berjudul Lavida Raya kini sudah pun mencecah lebih daripada 576,000 tontonan.
Rata-rata penonton memberikan respons positif terhadap lagu tersebut yang kedengaran rancak dan ceria.
Menurut DSV, gaya tarian dalam muzik video Lavida Raya di laman Youtube adalah merupakan buah idea daripada anaknya, Cik B dan dirinya sendiri kerana ingin menceriakan suasana hari raya.
Bersempena dengan pelancaran muzik video itu, DSV berhajat untuk memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM100 setiap hari selama satu minggu serta barangan peribadi miliknya.
Pemenang akan ditentukan menerusi hasil perkongsian dan komen terbaik di akaun media sosial masing-masing.
Selain Cik B, muzik video yang diarahkan oleh DSV dan Anis itu turut dibintangi anak lelakinya, Kacak. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida