Cerita ArtisHiburan

Lara Alana Menangis Ikan Laga Yang Dibela Selama Lapan Bulan Mati

Anak kepada pasangan pelakon dan pengacara, Scha Alyahya dan Awal Ashaari iaitu Lara Alana berdepat detik menyedihkan apabila ikan laga yang dibela selama lapan bulan telah mati.

Berkongsi video yang dimuat naik di Instagram, Lara menulis ikan laga yang dibelanya itu telah menggembirakan hidupnya.

“Daddy, I’m not ready for this. Berkali kali Lara ulang perkataan ni.. tapi Allah lebih sayang kan Sushi. Sekarang baru Lara tau, yang we can never be ready for a situation like this. Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang. 

“Masa Auntie Joy bagitau yang Sushi dah takde, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik.. Tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya..

“Thank you Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama 8 bulan especially time PKP haritu.. sekejap je kita dapat bersama. Rest well my sushi, you will be missed,” tulisnya.

Dalam pada itu, Lara menyatakan ia pengalaman pertama dia kehilangan sesuatu yang disayanginya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Lara Alana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button