Rancangan TVTV

Lazarul Tersingkir, Gagal Mara Ke Saingan Final Mentor 7

Perjuangan peserta Lazarul untuk beraksi di pentas Final Mentor 7 tidak tercapai apabila menjadi peserta yang tersingkir dalam saingan separuh akhir malam tadi.

Ternyata Lazarul yang juga merupakan protege kepada Datuk Syafinaz Selamat itu gagal menyaingi empat peserta lain iaitu Ranisha, Azmirul, Zaaim dan Pasya.

Pada saingan separuh akhir, Lazarul mempersembahkan dua buah lagu iaitu I Have Nothing dan sebuah lagi lagu iaitu O’ Sole Mio yang berduet dengan mentornya.

Biarpun mendapat komen yang positif daripada kedua-dua juri iaitu Datuk Wah Idris dan Mas Idayu, namun ia masih belum cukup untuk Lazarul menyaingi markah empat peserta lain.

Penyanyi jemputan pada minggu ini adalah Tomok yang menyanyikan lagu Bekas Kekasih dan Sahzuan (Protege Uji Bakat Pilihan) membawakan lagu Soldier Of Fortune yang dipopularkan oleh Deep Purple.

Mentor 7 kini semakin hampir ke penghujungnya apabila konsert final akan bersiaran secara langsung pada 30 Disember 2018 pada pukul 9.00 malam di TV3. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button