AntarabangsaKpop

Lee Min Ho, Bae Suzy Putus Cinta

Pasangan pelakon popular, Lee Min Ho dan Bae Suzy dilaporkan sudah putus cinta selepas hampir tiga tahun memadu asmara.

Perkhabaran itu disahkan sendiri oleh agensi pengurusan Suzy iaitu JYP Entertainment.

Dalam kenyataan itu, Suzy mendedahkan kepada pihak pengurusan hubungannya dengan aktor kacak itu sudah putus.

Namun, Suzy tidak menjelaskan sebab kenapa hubungan mereka berakhir.

Walaupun begitu, khabar angin mendakwa hubungan mereka tidak lagi boleh diteruskan disebabkan kekangan masa yang mana kedua-duanya sentiasa sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Min Ho kini sedang menjalankan khidmat ketenteraan wajib selama dua tahun di pejabat kerajaan di Gangnam sejak Mei lalu.

Manakala, Suzy pula kini sedang sibuk dengan pengambaran drama bersiri While You Were Sleeping, lakonannya bersama aktor Lee Jong Suk. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button