
Lil’ J, Chaleeda Tampil Single Bahasa Melayu Berjudul Bestfriend
Bintang rap yang mula meningkat naik, Lil’ J kini tampil dengan single pertamanya berjudul Bestfriend. Lebih menarik menerusi single tersebut, Lil J berkesempatan berkolaborasi dengan penyanyi kelahiran Thailand, Chaleeda Gilbert.
Lil’ J merupakan salah seorang penyanyi rap yang dicungkil bakatnya oleh Joe Flizzow menerusi program 16 Baris yang kini sudah pun memasuki musim kedua.
Bestfriend merupakan hasil ciptaan bersama Joe Flizzow, Alif dan SonaOne.
Lil’ J yang sebelum ini lebih selesa membuat persembahan dalam bahasa Inggeris berani tampil untuk menyampaikan lagu dalam bahasa Melayu yang merupakan satu bahasa asing buat Chaleeda juga.
Walau bagaimanapun ia tidak menjadi halangan buat kedua-duanya untuk menyampaikan lagu ini dengan baik.
Bestfriend kini sudah boleh dimuatnaik menerusi laman penstriman muzik seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.- KopiPlanet.com