Cerita ArtisHiburan

Linda Rafar Bakal Saman 100 Netizen Yang Aibkan Dirinya Dan Keluarga

Penyanyi Linda Rafar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lebih daripada 100 netizen yang mengeluarkan komen mengaibkan dirinya dan keluarga berhubung insiden di sebuah hospital di Shah Alam, baru-baru ini.

Linda menerusi peguamnya, Nurul Hafidzah & Associates hanya akan menfailkan saman terhadap 100 individu tersebut sekiranya mereka tidak membuat permohonan secara terbuka seperti yang dituntut pihaknya.

“Saya mengambil tindakan ini sebabnya komen-komen yang dikeluarkan lebih 100 individu ini telah mengaibkan saya serta ahli keluarga termasuk suami, kakak dan adik saya yang terlibat dalam bidang perniagaan produk.

“Komen-komen mengaibkan mereka itu telah menyebabkan saya dan semua ahli keluarga tidak boleh keluar bekerja selain berhadapan pandangan serong masyarakat terhadap kami.

“Sehubungan itu, saya menerusi pihak peguam telah menyenarai pendek seramai 100 individu yang akan kami hantar surat tuntutan permohonan maaf. Jikalau mereka tidak berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan, kami akan teruskan dengan tindakan menyaman mereka,” kata Linda kepada KopiPlanet.com

Linda ditemui pada majlis sidang media yang diadakan di Shah Alam, Selangor hari ini.

Linda tidak dapat menahan sebak ketika ditemui pada majlis sidang media di Shah Alam, hari ini.

Sementara itu, peguam yang mewakili Linda, Nurul Hafidzah Hassan berkata, pihaknya kini masih lagi dalam proses mengenal pasti beberapa lagi individu dan menjangkakan proses penghantaran surat itu akan bermula sebulan dari sekarang.

“Buat masa ini, kami dah kenalpasti lebih daripada 100 netizen yang telah meninggalkan komen-komen yang mengaibkan Linda dan keluarganya.

“Kami jangka akan mulakan proses hantaran notis tuntutan maaf ini selewat-lewatnya sebulan dari sekarang.

“100 pihak ini kami tuntut untuk mereka buat permohonan maaf secara terbuka kepada Linda menerusi platform yang digunakan mereka ketika meninggalkan komen-komen yang menjatuhkan maruah Linda dan keluarga,” jelasnya lagi.

Ahli keluarga Linda hadir memberikan sokongan terhadapnya pada majlis sidang media.

Sebelum ini, nama Linda menjadi perhatian ramai selepas dia membuat luahan perasaan di laman Instagram mendakwa Allahyarham ibuunya, tidak mendapat layanan yang baik daripada jururawat yang bertugas di Hospital Shah Alam.

Ibu Linda, Rasimah Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman digigit serangga pada 11 Januari lalu.

Susulan insiden itu, Linda teruk dikritik netizen yang melemparkan pelbagai komen kesat yang mengaibkan dirinya dan keluarga. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button